Kami bertolak dari Krabi lebih kurang pukul 12 selepas check out...kebetulan lalu di Shell Fossil Exibit..kami pun singgah nak tengok tempat tu...tapi tak diizinkan sebab air tengah pasang jadi waktu yang sesuai nak tengok adalah pukul 3 ke atas...
Suma dalam bahasa Thailand tak paham! |
Tak nak buang masa lagi kami bergerak ke Koh Lanta. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam memandu...sampai ke jeti, Koh Lanta...senang je ke Koh Lanta ni sebab dari Krabi dah ada sign board just follow sahaja...
Cerita sikit tentang Koh Lanta ni...sama macam Krabi..di Koh Lanta pun ramai orang islam jadi makan tak berapa nak susah sangat yang penting ada duit..tehee~..Kehidupan dekat sini sederhana je..orang pun baik-baik...dapat pusing-pusing kampung islam disini..kagum tengok budak-budak yang pakai tudung dari kecik lagi...rumah kat sini pun comel-comel je...wanita islam disini kebanyakkan pakai purdah...kagum dengan penduduk islam disini...walaupun hidup serba kekurangan tapi dapat pelihara kehidupan ke jalan yang diredhai...
Jalan ke Koh Lanta |
Lepas tu kami macam jakun maklumlah pertama kali naik feri kereta yang macam ni...
Sangat rare kan!..dalam 15 minit sampai ke pulau besar Koh Lanta..kami sekali lagi kene naik feri ke tempat yang ingin di tuju...jadi lebih kuarng 1 jam juga lah..naik dua-dua feri...
Dekat Koh Lanta kami tak booking hotel lagi...jadi kami kira gamble je cari hotel dan nak cari hotel tepi pantai...baru syok!
Sambil-sambil cari hotel kami pusing satu pulau tengok pemandangan...oleh kerana bukan musim pelancong datang jadi tak sesak sangat....tapi yang pasti pada sesiapa yang nak bercuti tempat yang tenang dan dekat dengan alam..Koh Lanta ni sesuai sangat...
Koh Lanta ni romantik sangat tempat dia...paling best boleh feeling-feeling masa tengok sunset dia...sesuai sangat untuk sesiapa yang nak pergi bulan madu tu...kalau tak ramai orang boleh lah berkepit dengan hubby uolls tak segan sangat kan!...privacy sikit...
Sunset |
Seronok dapat tenangkan fikiran kat sini...tak sangka jugak dapat datang kat Koh Lanta ni..terima kasih Ya Allah beri keizinan ni pada kami...sungguh besar keindahan ciptaan mu...
Sampai masa untuk terjaga dan pulang ke dunia realiti...keesokan paginya selepas sarapan pagi...kami pun terus bergerak pulang ke Malaysia...rasa sedih nak habiskan percutian ni..tapi apa kan daya...
Seperti yang dijanjikan..gambar-gambar percutian kami di Krabi dan Koh lanta....
Goodwill Hotel Krabi |
Reception area |
Ruang Luas dan selesa |
Night Market Krabi |
Island Tour |
Pancake yang sedap |
Harap sesiapa yang baca ni seronok..Salam sayang dari kami...
No comments :
Post a Comment