Assalamualaikum...
Entri Kali ni adalah untuk trip family ke Krabi, nampak macam biasa tapi luar biasa bagi saya sebab kami drive dari KL. Fuhh~ letih jugaklah 10 jam drive tapi berbaloi dan sangat adventure.
Sebenarnya dah lama plan ke krabi ni tapi kali ni nekad je pergi.Suruh ayah booking hotel kat Agoda sebab takut hotel full booked. Tapi reception kata season yang ramai orang dari bulan 10 ke bulan 5. So sebelum kena merempat kita siap-siap book dari Malaysia ok.
Hari ke 1
Kami bergerak 2 kereta, ahli semua 8 orang so just nice lah satu kereta 4 orang. Plan pergi 4 hari 3 malam termasuk 1 malam di Koh Lanta.
So Khamis malam Jumaat tu bermulalah pengembaraan kami,bergerak dari KL dalam pukul 12 malam dan terus drive ke Bukit kayu hitam. Sampai di Bukit Kayu Hitam dalam pukul 7 pagi. Pertama sekali pergi breakfirst sebab takut bila dah masuk Thailand susah nak cari makanan halal.
Peringatan sesiapa yang nak bawa kereta masuk ke Thailand, kita kene beli insurans untuk kereta tu, oh jangan lupa bawak copy geran kereta dan owner kereta mestilah ada bersama dalam trip sebab ada borang yang perlu tandatangan. Insurans dalam RM40++ tak silap saya.
Lepas tu apa lagi dengan semangat berkobar nak masuk Thailand terus ke tempat imigresen nak cop passport.
Nampak tak muka semangat dia -sister |
Jangan lupa nak selitkan RM1 kat dalam passport tapi kalau lupa pun nanti pegawai dia minta. Lepas scan muka untuk cop borderpass,kene pegi ke kaunter 9 untuk lepaskan kereta pulak. Masa ni lah owner perlu ada nak sign borang yang diorang dah isikan.Lepas tu off we gooo...
sawasdee~~ |
Bermulalah perjalanan selama lagi 5 jam ke Krabi...dari Bukit Kayu Hitam tu just ikut papan tanda ke Hatyai then lepas Hatyai, ikut papan tanda ke Patthalung nanti akan sampai kat kawasan nama Trang. Dekat Trang ni ada 2 bypass satu sebelah kanan satu sebelah kiri..yang sebelah kiri tu memang dia akan letak papan tanda ke krabi tapi ikut situ pusing jauh sikit so ambil yang sebelah kanan. Lepastu terus je ke krabi. satu tips kalau korang masih dekat jalan no 4 kira korang on the right track.Kalau nak mudah guna waze aje...cari wifi sebelum masuk border dan lock tempat korang nak pergi, waze akan navigate kan...
Sumber dari google |
Akhirnya lepas berganti-ganti driver, sampai juga kat krabi dalam pukul 3 waktu thailand (lambat sejam dari malaysia). Oh lupa dinasihatkan isi minyak penuh-penuh kat Malaysia sebab petrol kat thailand mahal. Tapi boleh jimat kat tol, Thailand ni jalan dia freeway mean dia tak ada tol.
Di Krabi kami tinggal kat Aonang Beach. Dekat krabi ada 3 pantai iaitu Aonang beach,Railay beach dan Noppharat Beach. Tapi biasanya pelancong duduk dekat Ao Nang Beach.So dari Krabi town ke Aonang dalam 10 minit macam tu...ikut papan tanda Ao nang.Kalau tak jumpa tanya orang, sebut je Ao nang diorang akan bagi direction walaupun cakap macam ayam itik.
Di Aonang kami check in dekat Goodwill Hotel. Tempat dia jauh sikit dari pantai, kira takdelah bukak pintu nampak pantai. Tapi Hotel ni sebelah masjid jadi senang nak cari makan dan nak dengar azan.Yang paling best pasal hotel ni harga dengan service dia bagi tak padan..harga murah tapi service tiptop plus receptionist dia boleh cakap English.
Depan recept hotel * parents & lil sis |
Lepas mandi dan rehat kejap.Terus kami keluar cari makan..sebab lapao sangat dah..nak cari makanan halal kat sini tak susah sebab ada penduduk islam. So cari kedai yang ada tanda halal.
semua dah tak sabar nak makan |
Harga mahal sikit sebab katanya bahan mentah halal datang dari jauh. Jadi jangan terkejut sekali meal boleh cecah 800 bath.(untuk keluarga besar macam kami)
Lepas je makan terus pegi jalan kat pekan Ao Nang dan cari pantai.
Memang cantik macam dalam poskad |
Sebab hari pun nak malam kami pun bergerak ke krabi town sebab ada night market.Tapi sebelum tu singgah masjid solat jama' qasar maghrib dan isyak.
Lepas tu apalagi shopping! Macam-macam ada dekat night market ni.
SIL |
Ummi |
Bangun pagi-pagi lepas subuh tak tido sebab besiap-siap nak pergi tour 4 island. Tourist guide akan ambil pukul 8.30 dekat depan hotel. Oleh kerana kami ramai kena lah bergilir-gilir tunggu toilet. Lepas tu nak sarapan dulu dan beli bekalan apa yang patut.
Sarapan yang sedap |
Menunggu di lobi hotel |
Before dengar taklimat dan devide group boat |
Mari naik boat |
First stop |
We are Happy! |
Lepas balik dari tour, kami semua dah keletihan. Apalagi tidur lah. Jadi petang sikit dalam pukul 5 kami baru keluar jalan-jalan. Kami decide nak sewa motor sebab kat tempat ni ramai yang naik motor plus motor dia comel-comel dan boleh tengok permandangan.
Sewa moto 200 bath untuk sehari kira 24 jam.Minyak kita kena isi sendiri. Isi 60 bath dah ok dah nak jalan keliling Ao Nang. Mereka tak perlukan lesen hanya passport je so sesiapa pun boleh sewa janji boleh bawa motor.
Malam tu kami pergi pusing-pusing pekan naik motot, sangat best okay!. Datang sini haruslah tengok waktu sunset yang sangat cantik. Masa ni lah nak feeling-feeling romantik tehee~. dah puas tengok sunset , apalagi menghabiskan duit lah almaklumlah barang kat sini suma cantik-cantik. Banyak juga jual cenderahati pada sesiapa nak bagi hadiah dekat keluarga.
Aktiviti yang best nak buat malam-malam dekat sini adalah massage. Harga pun berpatutan,so apalagi kami pun memanjakan diri la.Datang krabi jangan lupa pergi makan pancake dia yang sedap. Ada pelbagai perisa.
Lagi satu jangan lupa rasa Krabi coffee pada penggemar coffee.
Sunset macam dalam poskad |
Cantik Masyaallah |
Hari Ke 3
Kami ke Koh Lanta lain kali kami sambung!
No comments :
Post a Comment