Le World

Le World

Nuffnang Ads

Tuesday 17 June 2014

Bangkok

Trip pegi Bangkok ni dah lama, tapi nak cerita juga dekat sini sebab mana tau ada sesiapa yang nak jadikan panduan..tehee~

At first trip pegi bangkok ni macam tak jadi sebab masa tu tengah ada Thai rally.Tapi sebab tiket dah ada macam sayang pulak tak pergi. So theme kali ni pergi backpacker je...

So sebelum nak pergi tu kita kene prepare la apa yang patut. Kebetulan ada member yang selalu turun naik Bangkok jadi kami tanya dia tempat apa yang patut pergi.

Sebab dia orang meniaga so tempat yang dia suggest pun banyak tempat shopping.

Jadi dia cadangkan pergi Pasar Jatujak. Pasar ni buka hari sabtu dan ahad je, so sesiapa nak pergi plan masa korang ye.

Lagi dia cadangkan pergi, Bobei, tempat banyak orang meniaga ambil barang kat sini lah.

Khaosan pula tempat pelancong ramai, tempat ni happening sikit sebab banyak pub.

Mall pula dia cadangkan pergi MBK, Siam Paragon dan Platinum.

Selain tu kalau nak shopping best dia cadangkan juga pergi Prathunam Market.

Oleh kerana pergi Bangkok ni kami pergi lama sikit 6 hari 5 malam jadi kami dapatlah pergi semua tempat yang member kami cadangkan kat atas.Jadi sesiapa yang memang niat nak shopping aje..bawalah duit lebih sikit.Nak selamat buka akaun CIMB sebab kat Bangkok banyak CIMB Thai.

Kami gerak naik flight ke Bangkok malam, flight pukul 9 lebih macam tu. Excited sesangat! dah la dapat tiket murah memang seronok lah.Jadi sampai Bangkok lebih kurang pukul 12 lebih.. perjalanan dalam 2 jam je..pemandangan dari atas tengok bandar Bangkok punyalah banyak lampu..tak tido ke depa ni?

Tunggu Kapal AirAsia


Beli sebab dalam Baht..Teruja!
Here We Come...

Touch down je kami cari taxi nak pergi hotel. Malam tu kami decide nak stay dekat area pasar Jatujak ..nanti esok senang nak gerak..(hotel dah siap-siap booked kat Agoda)

* Tips naik taxi, pastikan taxi hangpa naik tu ada meter dan gunakan meter ok! kalau tak diorang ni pau mahal-mahal.

Dari airport ke hotel kami dalam 250 bath.Hotel pun bajet je..kata backpakers..harga hotel dalam 600 bath..lepastu semua apalagi refill energy untuk esok la.

Hari ke 2

Pagi  kami bangun awal sebab pasar buka pukul 8. Orang kata pasar ni besar dia 4 kali padang bola sepak.Siap ada map lah kedai-kedai dalam dia.Takut nanti orang sesat dalam tu..

Map Pasar Jatujak


Lepas check out kami jalan depan sikit nak naik tut tut..dari hotel ke pasar tu dekat je..tut tut charge 150 bath tapi mintak tawar 80 bath...tehee~

Sampai je pasar punyalah excited nak shopping sebab dah start ramai orang yang datang....masuk dalam tu terkejut  banyak gila kedai dan macam-macam barang jual.Apalagi rambang matalah! Bayangkan macam Uptown Danau Kota tu tapi lagi banyak berganda-ganda barang...

Keadaan Pasar

Stool ni boleh bawak balik naik luggage

Terpaksa ambil gambar Nama dan No Kedai




Dekat pasar ni ada makanan muslim dekat dengan Tower Clock tapi mahal sikit. Jadi kalau lapar boleh bedal jelah..harga belakang kira...tehee~

Jalan punya jalan dah petang..tu pun tak habis jalan sebab kami penat dok kendong beg sana sini.Jadi kami decide nak pergi cari hotel dekat area Prathunam.

*Tips kalau nak pergi jalan kat pasar sebenarnya korang boleh tinggal barang kat hotel dulu tak payah bawa beg sebab penat.Tanya service tinggal barang dekat receptionist.

Bila naik je teksi cakap nak ke Prathunam, pemandu taxi tu cakap "No go to Prathunam, Thai rally"
Alamak kami dah gelabah dah sebab dah out of plan. Jadi tengok-tengok dalam map kami decide nak pegi Pat Pong atau Silom sebab dua tempat ni luar kawasan Rally dan dekat dengan Sky Train dia.

Sampai je situ misi mencari hotel bermula. Pusing punya pusing dah macam nak tercabut pingang rasa sebab hotel tinggal yang mahal, ada murah full pulak ...last kami cuba nasib pusing satu round lagi jumpa hotel nama dia Take A Nap..kami cuba nasib tanya price..mula-mula dia bagi mahal, kami pun cakap kami nak duduk 4 hari boleh murah tak? sebaik recep dia boleh cakap english untunglah..tawar menawar dapat satu malam 700 bath satu bilik...plus ada sarapan halal lagi sebab tukang masak dia orang islam.

Hotel ni memang highly recommend lah pada semua yang nak pergi Bangkok sebab dia selesa,bersih,recept boleh cakap english,breakfirst halal dan paling best ada komputer boleh pakai for free.

Petang tu kami rehat je sebab letih sangat-sangat. Malam baru round-round area market Pat Pong,cari makan..ada kedai makanan arab dekat sini tapi mahal sikit kalau korang tak cukup bajet boleh beli chicken burger kat 7 eleven, cari yang ada tanda halal.

If nak senang korang boleh click link ni untuk tengok restoran area Bangkok yang halal. List Halal Food.Kat thailand ni pun ada halal committee tau so bukan senang nak dapat tanda halal, so if kat packaging ada tanda halal korang selawat dan yakin je...

Lepas je makan, semua dah macam badak ...jadi decide balik hotel nak tido..On the way balik hotel tu kami lalu area Japan street dekat sini, mak aih banyaknya perempuan cantik-cantik bersidai kat tepi-tepi..lepas tu pintu kelab semua terbuka luas memang nampak lah penari-penari "tutt" tengah buat persembahan..tehee~ cuci mata sikit..adake patot kami yang pakai tudung  ni diajak masuk...tak patut tak patut..

*Tips pada siapa yang naik tut tut pastikan korang tanya harga ok! sebab kalau dia bagi murah sangat takut diorang ni menipu dibawaknya korang pergi kelab dan paksa masuk..average naik tut tut dalam 150 bath.

Hari ke 3

Lepas sarapan kami duduk borak-borak dengan reception dia...sebab nak tanya tempat yang ok nak pergi memandangkan ada Thai Rally,so dia pun explain lah ...lepas bincang-bincang kami decide nak naik train pergi area MBK dan Siam Paragon.

Sky train di Thailand lain sikit dari LRT kita..bertingkat-tingkat so kene hati-hati kemana korang nak pergi ok!..Masa naik train tu punyalah ramai orang nak naik semua pakai baju Thai Rally..lepastu dengar diorang jerit-jerit bahasa diorang la...membantah apatah..kami turun dekat stesen siam center..

Thai Rally

Masa Perarakan

Hidup Thailand!



Semangat!

Dekat situ dah ada ramai orang berkumpul...macam pesta pun ada..mula-mula kami macam nebes juga tapi tengok diorang macam buat reformasi aman je...tak kacau pelancong...kami pun join menyebok tengok apa yang jadi...

diorang tutup semua jalan kat area situ...ada orang yang siap camping lagi kira boikot kerajaan dia yang sekarang ni lah....lepas tu sepanjang jalan yang tutup tu diorang bukak gerai jual barang-barang thai rally ni...Aik ni buat bantahan ke pesta...siap ada orang nyanyi dan menari lagu tradisi lagi...kelakar pun ada...

Kami pun gerak ke MBK..jalan sesak dengan orang ramai yang duk buat perhimpunan tu..kami pun stuck jugalah jalan pelan-pelan baru sampai MBK...nak masuk MBK masa tu dia buat check security untuk keselamatan...So dapat je masuk kami jalan-jalan...

Siam Paragon


BF in dream

Keliling area MBK ni ada beberapa shopping mall juga...tak ingat nama dia..plus ada Museum Madame Tussaud..harga tiket mahal sikit, kami tak ada bajet jadi kami tengok dari luar aja...

Sampai tengahhari apa lagi perut dah bunyi, kami cari makan kat Yana restoren dalam MBK tu...restoran ni sedap yang penting halal...memang kami jatuh cinta lah dengan masakan dekat Yana restoran ni...mahal sikit pun tak pelah...

Makan Semua

Kedai dan makanan yang tapi sama hari yang lain..ketagih!

Lepas makan, kami decide nak pergi jalan-jalan kat kedai-kedai sepanjang jalan Thai Rally tu...seronok betul dah mcam bukan reformasi dah...diorang ni friendly betul dengan pelancong...

Dah penat jalan-jalan kami pun balik tidur..makan malam kami dah siap bungkus makanan kat Yana restoran tadi.Just panaskan kat dalam microwave aje...

Hari ke 4

Macam semalam kami naik train sampai Siam center..keadaan pun tak berubah still ramai orang...harini kami pergi ke Platinum Plaza...dari siam center tu kami naik taxi motor ke Platinum plaza tu...nak tau taxi motor ni macam mana..cari orang yang pakai vest oren dan naik motor..pastu harga kita boleh tawar menawar...

So apalagi shopping sakan la....dekat sini ada food court dan dalam tu ada satu kedai makanan halal orang arab yag jual...kalau tak yakin mintak tengok sijil halal dia...

Beli Sakan


Hanya ada di Platinum


Dah rilek sikit, kami pun pergi ke pasar Prathunam berhadapan dengan Platinum plaza...Fuhh pasar ni pun boleh tahan besar jugak..tapi orang local sini bagitau kalau nak murah datang awal pagi sebab masa tu peniaga jual longgok..nak beli buah tangan untuk kawan-kawan dan keluarga boleh beli dekat sini..Kami jumpa kedai jual seluar jean Sugoi, apalagi teruja la nak tengok...murah boleh tahan harganya, kalau beli banyak lagi murah...

Kami shopping sampai petang sampai tak larat nak tengok dah barang-barang sebab kedai kat sini macam yang ada kat Kenanga Mall tu tapi lagi banyak kedai lagi banyak variety dan kebanyakkan produk made in Thailand...so good luck shopping guys..jangan sampai habis duit nak makan sudah.

Dari Platinum plaza kami ambil train balik semula ke hotel kami..tapi hari dah gelap...so sebab ada Thai Rally sepanjang jalan ke train rasa macam meriah je suasana...siap ada konsert tu yang tak boleh caya tu...

Hari Ke 5

Hari tu kami decide nak pegi ke Khaosan. Tapi sebelum ke Khaosan decide nak singgah Bobei, katanya satu laluan...

nak mudah kami naik teksi dan mintak reception tu tahankan teksi sebab nak teksi yang pakai meter...dari tempat kami ke Bobei dalam 20 minit tambang dalam 200 Bhat...

Turun dari teksi rasa sejuk je...kalau nak tau sepanjang jalan di Bobei ni semua ada kedai-kedai jual barang..kira Bangkok ni macam satu gedung membeli belah yang besar...mana-mana je ada orang jual barang macam uptown danau kota..tak kira siang malam...

Bobei




Dekat Bobei ni lagi lah banyak barang nak tengok tapi memang tak larat lah nak tengok satu-satu kedai..kami jalan sepintas lalu je...kalau kedai tu ada barang kami berkenan baru kami stop...

*Tips pada siapa yang nak ke Bangkok tak payah bawa beg besar, bawa sepasang baju je cukup yang lain beli je..barang diorang tak mahal pun...

Dekat Bobei ni ada satu masjid jadi kami decide nak ke area masjid tu...ada masjid mesti ada perkampungam islam dan mesti ada makanan halal.Tepat sangkaa kami, dekat area masjid ada beberapa gerai yang dimiliki oleh orang islam...kami pun makan kenyang-kenyang lah...

Yup tempat wajib


Lepas lepak kejap kat gerai tu, kami pun bergerak nak cari teksi pergi ke Khoasan. Tak berapa jauh sangat dari Bobei, naik teksi dalam 15 minit dah sampai Khaosan.

Khosan ni lah kat mana korang boleh jumpa pelancong dari pelbagai negara..diorang lepak dekat area Khaosan sebab kat sini banyak pub. Kiri Kanan ada kedai dan stall jual pelbagai barang.

Khaosan Area


Khaosan


Dah penat jalan kami pun masuk kedai refleksology nak massage kaki yang dah letih..murah je 1 jam dalam 300 Baht macam tu...lega sikit...

Kami stay dekat Khaosan ni sampai malam sebab nak tengok suasana malam dekat sini...meriah sangat...Ramai juga jumpa rakya Malaysia dekat Khaosan ni...Dah letih kami pun gerak balik hotel.

Khaosan malam

Hari Ke 6

Final day kat Bangkok, sebabkan ada Thai rally ni, kami dinasihatkan sampai awal ke airport. Lepas check out kami tinggalkan beg dulu mintak receptionist hotel tengokkan..lepas tu kami pusing-pusing area silom dan Pat Pong buat kali akhir nak habiskan duit baht...

Lepas farewell dekat receptionist hotel..sedih-sedih kami naik teksi ke airport...berakhirlah percutiaan yang awesome...Kami harap dapat datang lagi...Sawasdee~~~

Hasil Tangkapan


Salam sayang dari kami!

*Tips If korang nak guna internet korang boleh beli simcard True Move dalam 4 baht. Lepas tu topup 300 baht.Then follow instruction yang ada  













Sunday 15 June 2014

Krabi - Episod 2

Hari 3 - Ke Koh Lanta

Kami bertolak dari Krabi lebih kurang pukul 12 selepas check out...kebetulan lalu di Shell Fossil Exibit..kami pun singgah nak tengok tempat tu...tapi tak diizinkan sebab air tengah pasang jadi waktu yang sesuai nak tengok adalah pukul 3 ke atas...

Suma dalam bahasa Thailand tak paham!


Tak nak buang masa lagi kami bergerak ke Koh Lanta. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam memandu...sampai ke jeti, Koh Lanta...senang je ke Koh Lanta ni sebab dari Krabi dah ada sign board just follow sahaja...

Cerita sikit tentang Koh Lanta ni...sama macam Krabi..di Koh Lanta pun ramai orang islam jadi makan tak berapa nak susah sangat yang penting ada duit..tehee~..Kehidupan dekat sini sederhana je..orang pun baik-baik...dapat pusing-pusing kampung islam disini..kagum tengok budak-budak yang pakai tudung dari kecik lagi...rumah kat sini pun comel-comel je...wanita islam disini kebanyakkan pakai purdah...kagum dengan penduduk islam disini...walaupun hidup serba kekurangan tapi dapat pelihara kehidupan ke jalan yang diredhai...

Jalan ke Koh Lanta
Sampai di jeti kami kene beli tiket untuk naik feri..harga dalam 230 Bath termasuk kereta untuk sekali trip..
Lepas tu kami macam jakun maklumlah pertama kali naik feri kereta yang macam ni...






Sangat rare kan!..dalam 15 minit sampai ke pulau besar Koh Lanta..kami sekali lagi kene naik feri ke tempat yang ingin di tuju...jadi lebih kuarng 1 jam juga lah..naik dua-dua feri...

Dekat Koh Lanta kami tak booking hotel lagi...jadi kami kira gamble je cari hotel dan nak cari hotel tepi pantai...baru syok!

Sambil-sambil cari hotel kami pusing satu pulau tengok pemandangan...oleh kerana bukan musim pelancong datang jadi tak sesak sangat....tapi yang pasti pada sesiapa yang nak bercuti tempat yang tenang dan dekat dengan alam..Koh Lanta ni sesuai sangat...










Koh Lanta ni romantik sangat tempat dia...paling best boleh feeling-feeling masa tengok sunset dia...sesuai sangat untuk sesiapa yang nak pergi bulan madu tu...kalau tak ramai orang boleh lah berkepit dengan hubby uolls tak segan sangat kan!...privacy sikit...

Koh Lanta Paradise

Kami pilih nak duduk dekat Koh Lanta Paradise Resort...harga amat berpatutan dan yang best dapat duduk mengahadap pantai..harga untuk satu malam 800 Baht plus tempat sangat-sangat cantik...




Sunset



Seronok dapat tenangkan fikiran kat sini...tak sangka jugak dapat datang kat Koh Lanta ni..terima kasih Ya Allah beri keizinan ni pada kami...sungguh besar keindahan ciptaan mu...

Sampai masa untuk terjaga dan pulang ke dunia realiti...keesokan paginya selepas sarapan pagi...kami pun terus bergerak pulang ke Malaysia...rasa sedih nak habiskan percutian ni..tapi apa kan daya...

Seperti yang dijanjikan..gambar-gambar percutian kami di Krabi dan Koh lanta....

Goodwill Hotel Krabi

Reception area

Ruang Luas dan selesa



Night Market Krabi


Island Tour














Pancake yang sedap




Harap sesiapa yang baca ni seronok..Salam sayang dari kami...